Powered by Blogger.

Sunday, September 16, 2012

Ratusan Mahasiswa Berhimpun Aman Bantah Campur Tangan Luar Dalam Pilihan Raya Kampus

  NR       Sunday, September 16, 2012
KUALA LUMPUR - Ratusan mahasiswa pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai perhimpunan sebagai membantah sebarang campur tangan pihak luar dalam pilihan raya kampus.
   
Antara yang menyertai perhimpunan aman di Dataran Merdeka itu ialah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Gerakan Demokratik dan Belia Malaysia (GEMA).
   
Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto berkata golongan mahasiswa mengemukakan enam tuntutan berhubung pilihan raya kampus meliputi aspek penetapan tarikh, mahasiswa terlibat mengurus pilihan raya kampus, pemantauan, kebebasan berkempen, sistem pengundian yang telus dan peruntukan kepada calon yang bertanding.
   
"Maka dengan ini, kami berharap pilihan raya kampus kali ini akan dipantau dan diletakkan penarafan ketelusannya," kata beliau.
   
Dalam majlis berasingan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berharap mahasiswa akan menggunakan peluang untuk terlibat dalam pilihan raya kampus dengan sebaik-baiknya.
   
"Pilihan raya kampus akan diadakan mulai minggu depan di 20 IPTA seluruh negara. Saya harap ia berlangsung dalam suasana baik, dan tidak ada isu lain yang timbul seperti sebelum ini.
   
"Yang mustahak pada saya, bukan calon atau kumpulan mana yang menang. Yang ingin saya lihat ialah pertambahan peratusan keluar mengundi," katanya. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Ratusan Mahasiswa Berhimpun Aman Bantah Campur Tangan Luar Dalam Pilihan Raya Kampus

Previous
« Prev Post

No comments: