Powered by Blogger.

Wednesday, September 19, 2012

Kementerian Pelajaran Nafi Sahkan Garis Panduan Kenali Golongan LGBT

  NR       Wednesday, September 19, 2012
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah memberi pengesahan kepada mana-mana pihak menyedia atau mengeluar garis panduan mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk tujuan pengedaran ke sekolah seluruh negara.

"Pengesahan kepada garis panduan tersebut tidak pernah dikeluarkan," menurut kenyataan KPM sebagai merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkaitan pengesahan garis panduan LGBT yang dibincangkan di Seminar Keibubapaan mengenai isu LGBT di Pulau Pinang pada 13 September lepas.

Menurut kenyataan itu, KPM memandang berat isu LGBT yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini dengan mengambil beberapa inisiatif memerangi gejala tersebut.

"KPM akan sentiasa memberi bimbingan secara langsung dan tidak langsung kepada semua murid (dan pelajar) untuk mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini," menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pihak kementerian menyokong satu 'Garis Panduan' kepada ibu bapa untuk mengenal pasti 'simptom' Gay dan Lesbian padaanak mereka bagi mengambil langkah untuk membetulkan keadaan itu.

Antara isi garis panduan itu adalah, "Simptom" gay mempunyai badan sasa dan gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V dan tidak berlengan sertasuka membawa beg besar sama seperti yang digunakan wanita apabila keluar manakala "Simptom" lesbian adalah tertarik kepada wanita serta gemar keluar, makan, dan tidur dengan wanita. - BERNAMA


logoblog

Thanks for reading Kementerian Pelajaran Nafi Sahkan Garis Panduan Kenali Golongan LGBT

Previous
« Prev Post

No comments: