Powered by Blogger.

Wednesday, September 19, 2012

Pandelela Rinong Mendaftar di Universiti Malaya (UM)

  NR       Wednesday, September 19, 2012
PANDELELA (kiri) dan Yan Yee hadir untuk mendaftar sebagai pelajar di Universiti Malaya semalam.

IMPIAN ratu terjun negara, Pandelela Rinong untuk bergelar mahasiswi akhirnya tercapai apabila secara rasmi mendaftarkan diri di Universiti Malaya (UM) semalam.

Bakal menjadi mahasiswi dalam bidang pengajian Sains Sukan, pemenang pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform pada Sukan Olimpik 2012 London itu mengakui agak gementar untuk memulakan pengajian.

“Saya berasa sedikit gementar dan dalam masa yang sama amat teruja. Saya hanya mendaftar hari ini. Kelas belum bermula lagi,” katanya yang turut mendaftar bersama seorang lagi atlet terjun negara, Wendy Ng Yan Yee.

Bukan itu sahaja, Pandelela turut berkongsi kegembiraan mendaftar di pusat pengajian tersebut dengan peminatnya di laman twitter miliknya.

Sementara itu, Pandelela turut menarik nafas lega apabila pihak UM berjanji akan menyedia dan menghantar pensyarah ke Majlis Sukan Negara (MSN) jika dia terlibat dalam sebarang kejohanan atau temasya sukan.

“Sekiranya saya terpaksa berlatih di luar negara, UM akan mendapatkan rakan pengajian mereka di tempat berkenan. Ini amat melega- kan kerana ia dapat memastikan pelajaran saya terus berjalan tanpa gangguan,” katanya yang akan melanjutkan pelajaran selama tiga tahun setengah hingga enam tahun untuk pengajian maksimum.

Turut hadir pada hari pendaftaran Pandelela semalam ialah Dekan Pusat Sukan UM, Dr. Mohd. Salleh Aman.

Dalam pada itu, jadual atlet berusia 19 tahun itu bakal padat dengan latihan untuk menghadapi Kejohanan Asia pada November akan datang.

“Latihan sudah berjalan dua minggu lalu dan semuanya berjalan dengan lancar.

“Mungkin selepas ini saya terpaksa membahagikan masa dengan bijak untuk latihan dan pengajian saya,” katanya yang tidak meletak- kan sasaran tinggi pada kejohanan tersebut.

“Bagaimanapun, saya akan tetap memberi yang terbaik buat negara dan diri saya. Mungkin akan ada tekanan tetapi saya akan cuba mengatasinya dengan cara terbaik.”

- Kosmo
logoblog

Thanks for reading Pandelela Rinong Mendaftar di Universiti Malaya (UM)

Previous
« Prev Post

No comments: