Beliau berkata, sekolahsekolah yang dikenal pasti oleh polis dan Kementerian Pelajaran ini termasuk 17 sekolah antarabangsa di Lembah Klang.
Beliau berkata, seorang anggota polis bersama dua atau tiga anggota RELA beruniform masing-masing akan meronda sama ada dengan kereta peronda polis atau berjalan kaki di luar sekolah pada waktu puncak persekolahan seperti (sebelum kelas bermula, waktu rehat dan waktu habis kelas) dan ia bergantung kepada jadual waktu sekolah berkenaan.
“Kementer ian Dalam Negeri dalam meneruskan kejayaan inisiatif ‘omnipresence’ di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengambil keputusan memperluaskan skop rondaan antara polis dan RELA di sekolah-sekolah, termasuk sekolah antarabangsa.
“Menerusi inisiatif ini, kementerian berharap rakyat khususnya ibu bapa dan kanak-kanak sekolah akan berasa selamat dan inisiatif ini dapat meningkatkan mutu keselamatan di lokasi-lokasi tersebut.
“Jumlah sekolah yang terlibat di bawah program ini akan bertambah pada masa akan datang,” kataya pada sidang media selepas sesi dialog dengan wakil-wakil dari 10 sekolah antarabangsa di sini semalam.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abd Rahim Mohd Radzi dan Pengerusi Urus Setia NKRA Datuk Wira Ayub Yaakob.
Sesi dialog semalam bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pihak sekolah berhubung inisiatif yang bakal dilaksanakan.
Selain itu, wakil-wakil sekolah antarabangsa juga didedahkan dengan program ‘Rakan Cop’ yang bertujuan menggalakkan penyertaan anggota masyarakat dalam memerangi jenayah. — Bernama
No comments:
Post a Comment