Powered by Blogger.

Monday, October 01, 2012

Guru Patah Kedua-Dua Tangan & Paha Kiri Dalam Kemalangan Jalan Raya

  NR       Monday, October 01, 2012

CEDERA: Alexander digegaskan ke Unit Kemalangan dan Kecemasan

SIBU: Seorang guru patah kedua-dua belah tangan dan paha kirinya selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dekat Jalan Salim, di sini semalam.

Alexander Andrew dari Kapit sedang menunggang motosikal bersendirian dari rumahnya di Jalan Salim menuju ke pusat bandar sebelum berlakunya kemalangan itu kira-kira jam 10.30 pagi.

Semasa ketibaan ambulans jam 11.45 pagi, Alexander masih dalam keadaan sedar tetapi tidak dapat menggerakkan anggotanya yang mengalami kecederaan.

Mangsa terus digegaskan ke Unit Kemalangan dan Kecemasan Hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

Perlanggaran pagi itu telah menyebabkan bahagian depan motosikal mangsa rosak teruk akibat impak rempuhan yang kuat.

Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut.

- UB
logoblog

Thanks for reading Guru Patah Kedua-Dua Tangan & Paha Kiri Dalam Kemalangan Jalan Raya

Previous
« Prev Post

No comments: