Powered by Blogger.

Monday, October 01, 2012

Pelajar Tidak Memakai Topi Keledar Ketika Menunggang Motosikal Akan Disaman

  NR       Monday, October 01, 2012

SIBU: Keseriusan pihak polis dalam menangani masalah kegagalan memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di kalangan pelajar disambut baik.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sibu Jaya Danggang Ugik berkata pihaknya memang memandang serius perkara itu.

Beliau berkata pihaknya menggunakan pelbagai cara untuk menangani gejala itu malah turut mengingatkan ibu bapa agar mengambil serius perkara terbabit.

“Beberapa perkara perlu kita lihat sebagai contoh pelajar terbabit ketika menunggang motosikal tidak memakai topi keledar.

“Kalau di luar sekolah, pihak sekolah tidak seharusnya dipersalahkan kerana ibu bapalah yang paling rapat dengan mereka.

“Saya berpendapat, para pelajar tahu bahawa tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal adalah satu kesalahan. Tetapi, mereka sangat ego dan hanya mahu diri mereka sentiasa menjadi tumpuan,” katanya.

Menurut Danggang, pergaulan mereka juga merupakan salah satu punca kenapa mereka sangat ‘berat’ untuk mematuhi undang-undang jalan raya dengan tidak memakai topi ketika menunggang motosikal.

Justeru, ibu bapa yang merupakan insan paling hampir dengan mereka perlu bertegas dalam soal ini dan bukan mengharapkan pihak lain menanganinya.

Beliau menjelaskan pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak polis bagi mengatasi perkara itu.

Baru-baru ini, dalam Program ‘We Care4U’ di SMK Sibu Jaya, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail memberi amaran bahawa pihaknya tidak berkompromi dengan pelajar yang gagal memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Katanya pelajar yang didapati gagal berbuat demikian akan disaman seperti yang dilakukan ke atas penunggang motosikal yang lain.

Pihak polis juga akan melakukan pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang mereka dan jika keadaan mencurigakan motosikal tersebut akan disita.

Shafie juga berkata sitaan ke atas motosikal dilakukan sehingga pihak polis selesai membuat siasatan dan dalam pada masa yang sama ibu bapa pelajar juga akan dipanggil.

- UB
logoblog

Thanks for reading Pelajar Tidak Memakai Topi Keledar Ketika Menunggang Motosikal Akan Disaman

Previous
« Prev Post

No comments: