PKR menggesa supaya program latihan guru di institusi pengajian tinggi
swasta dibekukan sehingga isu 7,000 lepasan guru yang menganggur dari
institusi-institusi berkenaan diselesaikan oleh kerajaan.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata ini perlu dilakukan kerana mendakwa kerajaan tidak menunjukkan sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah lepasan guru yang menganggur.

Katanya, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi dan Menteri
Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan-kenyataan
yang bercanggah mengenai masalah tersebut.
Majoriti guru siswazah adalah lulusan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), yang diuruskan oleh Yayasan Pintar.
Yayasan Pintar dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut dianggotai timbalan perdana menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Yang lainnya ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mustapa Mohamed, yang juga seorang menteri, dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Rafizi berkata, dengan mengambil kursus perguruan di institusi swasta, para pelajar mengharapkan dijamin mendapat pekerjaan.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak terjadi dan para siswazah menganggur telah mengadu kepada Umno, yang telah gagal untuk menyelesaikannya, "dan kini mereka datang kepada kita".
Menurutnya lagi, siswazah tersebut perlu membayar pinjaman PTPTN antara RM20, 000 hingga RM30, 0000 tetapi mereka menganggur.
Di samping itu, dakwa Rafizi, tidak ada penyelarasan yang sewajarnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran dalam menyelesaikan isu tersebut.

Sumber: Malaysia Kini
No comments:
Post a Comment