Powered by Blogger.

Thursday, January 03, 2013

100 murid terima sumbangan cermin mata berkanta daripada Jee Kwong

  NR       Thursday, January 03, 2013
KUCHING: Seramai 100 murid terpilih Sekolah Rendah Chung Hua di sekitar Kuching telah menerima sumbangan cermin mata berkanta daripada syarikat pakar optik dan cermin mata Jee Kwong Optical Group (Jee Kwong) semalam.
Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Jee Kwong Chai Chin Khiong kepada wakil Persatuan Sekolah Rendah Chung Hua Kuching Chai Kit Siang sewaktu majlis makan malam sempena ulang tahun ke-45 syarikat tersebut.
Pada majlis yang penuh bermakna itu Jee Kwong juga telah mengadakan cabutan bertuah bagi pelanggannya dengan hadiah-hadiah berupa televisyen LED 60 inci sebagai hadiah utam di samping hadiah-hadiah lain seperti telefon bimbit pintar dan kamera digital.
Jee Kwong yang ditubuhkan pada 1967 berpusat di No. 36, Jalan Gambier, kini mempunyai 10 cawangan di seluruh Sarawak termasuk di Kuching, Miri dan Sibu.
Chai berkata rahsia kejayaan Jee Kwong terletak pada visi beliau iaitu menjadikan usahanya sebagai kerjaya seumur hidup.
“Tiada jalan pintas untuk berjaya dan jadikanlah usaha anda sebagai kerjaya seumur hidup,” pesan Chai dalam ucapannya.
logoblog

Thanks for reading 100 murid terima sumbangan cermin mata berkanta daripada Jee Kwong

Previous
« Prev Post

No comments: