Powered by Blogger.

Thursday, January 03, 2013

KGBS Sokong Resolusi 11 Perkara Bela Nasib Pendidik, Pesara Guru

  NR       Thursday, January 03, 2013
KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyokong penuh resolusi 11 perkara yang dikemukakan Kongres Kesatuan Guru-guru Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) kepada Kementerian Pelajaran untuk membela nasib pendidik dan pesara guru di negara ini.

Ini kerana menurut Presidennya Ahmad Malie, KGBS merupakan salah sebuah kesatuan guru yang terlibat secara langsung dalam me-rangka 11 resolusi tersebut.

Dalam pada itu, katanya KGBS turut menyambut baik sokongan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) terhadap penubuhan bank guru, yang secara langsung bercadang sebagai peneraju bank guru yang dicadangkan.

“Oleh itu, KGBS menggesa kerajaan agar dapat mempertimbangkan resolusi ini dengan sewajarnya demi manfaat kepada warga guru keseluruhannya,” katanya yang dihubungi, di sini semalam.

Sehubungan itu, Ahmad menyeru agar semua warga guru menyokong penuh cadangan ini demi memperkukuhkan kebajikan warga guru dan memartabatkan profesion perguruan di negara ini.

Tambah beliau, dengan tertubuhnya bank guru, KGBS yakin kebajikan dan perkhidmatan profesion perguruan akan lebih mantap pada masa akan datang.
logoblog

Thanks for reading KGBS Sokong Resolusi 11 Perkara Bela Nasib Pendidik, Pesara Guru

Previous
« Prev Post

No comments: