Powered by Blogger.

Monday, January 07, 2013

55 Murid Memanfaatkan Cuti Sekolah di Pusat Tuisyen KSTC Sarikei

  NR       Monday, January 07, 2013
 TERUSKAN KECEMERLANGAN: Murid kelas Elemantary bersama Cikgu Ngu (baris belakang, enam kiri).
 
SARIKEI: Seramai 55 murid dari Sarikei dan Bintangor mengikuti Program Pelajaran Cuti yang dianjurkan oleh Pusat Tuisyen KSTC Sarikei, baru-baru ini.
 
Program selama tujuh minggu itu dibahagikan kepa­da dua kelas, iaitu Elementary (6-8 tahun) dan Intermediate (9-11 tahun).

Sepanjang program, ket­ekunan dan kegigihan telah ditunjukkan oleh murid-mu­rid untuk meningkatkan keupayaan dalam membaca, mengeja, menghafal, menulis dan mengira.

Justeru, Pengetua KSTC, Kenny Yek menggesa murid-murid supaya meneruskan semangat yang sama dalam pembelajaran di sekolah pada tahun ini.

‘Semangat baharu untuk cabaran baharu’ adalah tema majlis penutupan program yang dilangsungkan di pu­sat tersebut di Jalan Kiong Soon.

Program ini merupakan aktiviti tahunan yang diad­akan pada cuti sekolah dengan bertujuan membantu murid-murid memanfaatkan masa lapang secara berfaedah.

Pada sepanjang sesi ke­las terbabit dilangsungkan seramai 10 orang murid telah diberikan kepujian.

Bagi Kelas Elemantary murid cemerlang ialah Marcel Mersat, kedua Jarrod Tang, ketiga Matthew Chan, mana­kala dua sagu hati menjadi milik Albert Chan dan Mohd Shazmin.

Bagi Kelas Intermediate pula, tempat pertama ialah Susan Ngu, kedua Kelly Chan, ketiga Mirzan Qistina dan sagu hati Siti Nurraishah Nirwati dan Nurul Elleyssa Wong.

- UB
logoblog

Thanks for reading 55 Murid Memanfaatkan Cuti Sekolah di Pusat Tuisyen KSTC Sarikei

Previous
« Prev Post

No comments: