Powered by Blogger.

Monday, January 07, 2013

Pelajar Trauma Dirompak Telefon Pintar & RM50

  NR       Monday, January 07, 2013
KUCHING: Seorang pelajar yang masih lagi dalam keadaan trauma tampil membuat lapo­ran polis selepas dirompak seorang lelaki sebelum telefon pintarnya dilarikan petang kelmarin.

Menurut sumber, insid­en tersebut berlaku ketika mangsa berjalan seorang diri di belakang sebuah Pejabat Pos Mini di Jalan Tuan Abang Haji Openg sekitar jam 12.15 pagi semalam.

Mangsa, 17, semasa in­siden dikatakan telah ditahan seorang lelaki yang tidak dikenali yang tiba-tiba men­gacukan pisau ke arahnya dan meminta mangsa meny­erahkan telefon pintar serta wang tunai kepadanya.

Risau akan keselamatan­nya, mangsa kemudian meny­erahkan telefon pintarnya serta wang tunai RM50 ke­pada suspek.

Suspek kemudian terus beredar dari tempat kejadian menggunakan sebuah mo­tosikal.

Anggaran kerugian adalah bernilai RM2,000 dan siasa­tan polis berhubung kejadian masih dijalankan.

- UB, 5 Jan
logoblog

Thanks for reading Pelajar Trauma Dirompak Telefon Pintar & RM50

Previous
« Prev Post

No comments: