Powered by Blogger.

Thursday, January 17, 2013

Bantuan Persekolahan RM100 Mulai Diagih

  NR       Thursday, January 17, 2013

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Sebanyak 4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang yang mula diagihkan hari ini.

Bantuan kali kedua di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntukkan dana sebanyak RM540 juta bertujuan membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun.

Berteraskan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat.

Seperti tahun lalu, wang bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah yang belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.

Bukan setakat sekolah kerajaan sahaja, lebihan daripada RM540 juta bantuan tersebut akan turut disalurkan kepada sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.

Pengagihan bantuan tersebut dijangka berakhir pada 15 Februari depan bagi memberi laluan kepada pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti mana dijanjikan oleh kerajaan.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Bantuan Persekolahan RM100 Mulai Diagih

Previous
« Prev Post

No comments: