KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan
berkata, adalah penting suara mahasiswa diberi perhatian apabila ia
menyentuh mengenai pembaharuan pendidikan dan pembangunan negara.
Pendapat mereka perlu didengar kerana ia akan membantu mengubah persepsi dan menyediakan idea kreatif bagi menambah baik masa depan mereka di negara ini.
Dipetik Bernama, beliau menegaskan, sistem pendidikan dan negara boleh memenuhi keperluan kebanyakan mahasiswa dengan menggalakkan kebebasan dan berdikari dan mampu menyuarakan pendapat dengan bebas.
"Bagaimana kita nak harap mereka menjadi warganegara yang boleh didekati pada masa depan jika kita tidak membenarka mereka turut serta dalam perbincangan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada mereka hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mugilan mengulas klip video 24 minit yang menunjukkan pertikaman lidah antara anggota panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia KS Bawani, yang menjadi topik hangat perbincangan dalam forum Internet dan Facebook.
"Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf bahawa mahasiswa di universiti-universiti tempatan telah menjadi lebih vokal dan kritikal tentang kerajaan dan melonggarkan beberapa undang-undang membenarkan pelajar menyertai politik.
"Kami (MIC) kecewa dengan Sharifah Zohra, sebagai seorang anggota panel, tidak dapat mengawal keadaan secara bijaksana dan berdiplomasi," katanya.
Tinjauan ke atas Facebook menunjukkan forum, bertajuk ‘Seiringkan Mahasiswa dan Politik' berlangsung pada 8 Disember dan video mengenai sesi soal jawab itu hanya dimuatnaik dalam YouTube, Rabu lepas.
"Pagi ini, lebih daripada 170,000 pendapat mengenai video itu telah menarik sejumlah besar "dislikes".
Satu laman diwujudkan dalam Facebook - 'Kami mahu Sharifah Zohra Jabeen memohon maaf secara terbuka kepada Cik Bavani', dengan 26,814 'likes' pada laman itu.

Dalam pada itu, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata,
pihaknya kesal dengan insiden yang tercetus di antara Sharifah Zohra dan
Bawani apabila pelajar itu dimalukan pada forum berkenaan.
"Semua sedia maklum bahawa program yang dihadiri oleh Bawani ialah sesi
forum dialog yang pengisiannya pastilah berkisar kepada pemahaman dan
sesi soal jawab.
"Srikandi yang meneliti persoalan yang cuba dibangkitkan oleh Bawani
dalam program itu melihat bahawa Bawani cuba untuk menyuarakan pendapat
dan persoalan yang jelas berkaitan dengan pemasaalahan yang dekat dengan
generasi muda hari ini.
"Sharifah telah memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berhadapan
dengan kenyataan dan persoalan yang diberikan oleh Bawani," kata beliau.
Katanya, Srikandi melihat ia sebagai satu sikap yang biadap, tidak matang dan tidak profesional.
"Persoalannya jelas, Bawani bicara soal isu yang menekan mahasiswa, isu
yang membelenggu mahasiswa namun jawapan yang diberikan hanyalah
dengar!
"Untuk itu dalam ruang demokrasi di negara ini yang dilihat semakin
tercemar dengan budaya “diam dan dengar”, ia menjelaskan bagaimana suara
rakyat tanpa mengira siapa pun jika yang dibangkitkan itu ialah soal
kelemahan kerajaan maka ia harus 'didiamkan'," katanya lagi.
Siti Aishah berkata, Srikandi mengambil pendirian bahawa Bawani berhak
diberikan ruang tanpa dimalukan dan mendesak Sharifah Zohra dalam kadar
segara memohon maaf kepada Bawani dan seluruh mahasiswa.
"Mungkin Puan Sharifah harus diingatkan bahawa dia bakal berhadapan
dengan ribuan anak muda yang tidak akan hanya 'diam dan dengar', tetapi
akan bangkit bersama dalam mempertahankan hak mereka," katanya sambil
menambah, "ini masa untuk generasi muda bangkit dengan prinsip bahawa
budaya biadap dan usaha pembodohan ini harus ditolak."
- SH
No comments:
Post a Comment