Powered by Blogger.

Friday, January 11, 2013

Kebaikan Tinggal di Asrama

  NR       Friday, January 11, 2013

Di negara kita terdapat sebilangan besar sekolah yang menyediakan asrama untuk pelajar. Asrama di sekolah terbahagi kepada dua laitu asrama pelajar lelaki dan asrama pelajar perempuan. Setiap pelajar perlu rnengambil peluang untuk tinggal di asrama. Terdapat beberapa kebaikan apabila pelajar tinggal di asrama.

Antara kebaikan tinggal di asrama ialah pelajar akan mempunyai banyak masa untuk belajar. Hal ini kerana pelajar yang tinggal di asrama tidak perlu menunggu bas untuk pergi dan pulang dari sekolah. Kebiasaannya pelajar yang tidak tinggal di asrama terpaksa menghabiskan masa lebih kurang dua jam untuk urusan pergi dan pulang dari sekolah. Pelajar yang tinggal di asrama juga kurang letih kerana tidak perlu bersusah-payah menunggu dan menaiki bas.

Selain itu, kebalkan tinggal di asrama ialah keselamatan pelajar lebih terjamin. Di asrama terdapat pengawal keselamatan yang bertugas mengawasi kawasan asrama pada setiap masa daripada dicerobohi orang luar. Selain itu, pelajar yang tinggal di asrama juga akan terhindar daripada kemalangan jalan raya sewaktu pergi dan balik dari sekolah. Sama ada kita sedar atau tidak, terdapat ramal pelajar yang tidak tinggal di asrama terlibat dalam kemalangan, terutama yang menunggang motosikal atau basikal.

Ibu bapa juga akan dapat mengurangkan perbelanjaan persekolahan apabila anak mereka tinggal di asrama. Antara perbelanjaan yang boleh dijimatkan ialah tambang bas dan makanan. Dewasa ini, tambang bas yang dikenakan ke atas pelajar untuk pergi dan balik dari sekolah agak tinggi berikutan kenalkan harga bahan api. Kos makanan juga boleh dijimatkan kerana pelajar yang tinggal di asrama akan dikenakan bayaran yang minima bagi makanan di asrama.

Di samping itu, pelajar yang tinggal di asrama juga dapat membentuk disiplin diri yang tinggi. Pelajar yang tinggal di asrama mempunyai jadual belajar, aktiviti riadah, solat dan tidur yang teratur. Semua pelajar mesti mematuhi peraturan asrama yang telah ditetapkan. Pelajar akan ditegur dan didenda jika tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pelajar yang tinggal di asrama juga akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Nilai-nilai murni ini dapat diterapkan dalam diri pelajar sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai bertolak ansur, bekerjasama dan berdikari. Amalan nilai-nilai murni ini dapat menjadikan pelajar berakhlak mulia dan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik.
 
Sumber: Jomria

logoblog

Thanks for reading Kebaikan Tinggal di Asrama

Previous
« Prev Post

No comments: