Powered by Blogger.

Friday, January 04, 2013

Lambakan Murid di SK Telok Kemang, Kuarters Guru Jadi Kelas

  NR       Friday, January 04, 2013
Bangunan SK Taman Intan Perdana
 
TELOK KEMANG – Gara-gara lambakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kemang yang terlalu ramai, beberapa kuarters guru terpaksa dijadikan bilik darjah Kelas Agama Petang (KAP) sejak setahun lalu.
Rata-rata ibu bapa dan penjaga murid berharap agar SK Taman Intan Perdana yang dibina kira-kira lima kilometer dari sekolah berkenaan akan segera beroperasi bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

Tinjauan mendapati, seramai 1,569 murid SK Telok Kemang yang memulakan sesi persekolahan semalam terpaksa menjalani dua sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang.

Inisiatif ini dilaksanakan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada murid bagi sesi pembelajaran dan pengajaran mereka, malah guru juga mengambil pendekatan menggilirkan kelas tambahan pada waktu petang kepada murid tahun enam bagi menangani kekurangan kelas.

Bapa, Abd Rahman Rais, 35, berkata, dia sedia maklum dengan masalah yang berlaku dan berharap agar SK Taman Intan Perdana boleh segera beroperasi.

Menurutnya, sekolah itu dibina atas janji Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang lalu dan sepatutnya ia beroperasi pada sesi persekolahan 2011, namun atas beberapa masalah yang berlaku ia tertangguh sehingga kini.

"Saya amat berharap sekolah itu dapat dibuka dalam masa terdekat ini kerana apa yang saya lihat bangunan sekolah semuanya sudah siap dan hanya menunggu jalan diturap," katanya.

Manakala Zuril Arif, 33, berkata, anaknya baru mendaftar di tahun satu dan dia mahukan anaknya mendapatkan kemudahan pendidikan saya selesa.

"Murid di sekolah ini terlalu ramai tetapi kemudahan infrastrukturnya kurang menyebabkan pengurusan terpaksa melaksanakan dua sesi persekolahan sedangkan konsep itu sudah tidak dilaksanakan di negara kita," katanya.

Sementara Maimunah Hashim, 33, berkata, walaupun mempunyai murid yang padat, namun rekod pencapaian kecemerlangan SK Telok Kemang ini sangat baik terutamanya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menurutnya, disebabkan itu ramai ibu bapa mahu menghantar anak mereka ke sekolah itu.
logoblog

Thanks for reading Lambakan Murid di SK Telok Kemang, Kuarters Guru Jadi Kelas

Previous
« Prev Post

No comments: