Powered by Blogger.

Friday, January 04, 2013

Dua Pelajar Sekolah Menengah Mati Hidu Asap Gunung Berapi

  NR       Friday, January 04, 2013
JAKARTA: Dua pelajar sekolah menengah ditemui mati di Gunung Sindoro, Jawa Tengah, tengah hari semalam selepas terhidu asap beracun dari gunung berapi aktif.

Mangsa dikenali sebagai Mufakin, 15, dan Fuad, 16.

Jurucakap pasukan mencari dan menyelamat Wonosobo berkata, Mufakin dan Fuad adalah pelajar Sekolah Menengah Rendah Kapulogo di daerah Kepil Wonosobo.
Katanya, mayat remaja terbabit ditemui berhampiran kawah Gerawah.

“Ketika ditemui, kami mendapati udara di kawasan itu dipenuhi bau sulfur,” katanya. Menurut jurucakap itu, Mufakin dan Fuad pendaki amatur dan tidak membawa kelengkapan ketika ke situ.

“Mayat mereka dibawa turun melalui laluan Kledung berhampiran daerah Temanggung,” katanya. - tempo.co
logoblog

Thanks for reading Dua Pelajar Sekolah Menengah Mati Hidu Asap Gunung Berapi

Previous
« Prev Post

No comments: