Kuala Lumpur 3 Jan - Nur Amalina Che Bakri yang terkenal dengan
kecemerlangan dalam bidang akademik pada Sijil Pelajaran Malaysia 2004
yang mendapat 17A1 kini dilantik menjadi Duta Pendidikan oleh We Love PM
Club (WLPMC). Nur Amalina merupakan anak tunggal kepada pasangan
Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya seorang jurutera DBKL.
Pada sidang media di UNIKL tadi, Presiden WLPMC Mohd Shahar Abdullah
telah melahirkan kesedihan terhadap pemergian pahlawan negara Datuk
Temenggong Kanang Anak Langkau kerana mendiang merupakan salah seorang
Duta WLPMC. Turut hadir sama penasihat WLPMC Datuk Dr Adham Baba.
Presiden WLPMC juga berhasrat untuk mewujudkan Yayasan Datuk Kanang bagi
membantu anak-anak yang berada di pedalaman untuk terus maju dalam
bidang pendidikan.
Program WLPMC UK Chapter yang akan diadakan dalam tahun ini untuk
mengumpulkan pelajar Malaysia di luar negara dan dalam negara untuk
bersama-sama dengan program-program untuk lebih mengenali Malaysia bagi
mengembangkan WLPMC di luar negara. Nur Amalina juga telah menyelesaikan
dua ijazah dalam masa satu tahun dan ini menunjukkan satu ikon kepada
pelajar Malaysia yang lain untuk terus cemerlang dalam bidang akademik.
Amalina mengucapkan terima kasih kerana memilih beliau kerana dipilih
menjadi Duta Pendidikan WLPMC. Amalina berazam untuk membawa nama WLPMC
untuk menyedarkan anak muda supaya mengenali kesemua Perdana Menteri
Malaysia dan menyayangi negara. WLPMC ini dilahirkan untuk menunjukkan
kasih sayang kita kepada pemimpin negara dan negara dipenuhi dengan
konsep menyayangi. Amalina kini masih menuntut di University Edinburgh
dan telah bergraduan daripada University Harvard
Amalina juga berazam untuk pulang menabur bakti didalam negara setelah
selesai mempelajari teknologi yang berada di luar negara dan membawa
pulang untuk dipraktikkan di dalam negara dan dapat membantu negara
dengan teknologi yang terbaharu dan moden.
Selesai sahaja sidang media, Nur Amalina telah membuat kunjungan hormat
ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi MOHE Yang Berbahagia
Prof. Datuk Rujhan Mustafa. Datuk Rujhan menasihati Amalina supaya lebih
fokus menjadi Nobel Laureate pertama di Malaysia.
No comments:
Post a Comment