Powered by Blogger.

Monday, January 07, 2013

Pendaftaran Terbuka PPKS Cawangan Miri Pada Hari Ini, 7 Januari

  NR       Monday, January 07, 2013
MIRI: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Cawangan Miri akan mengadakan pendaftaran terbuka untuk kemasukan pelajar baharu pada Isnin, 7 Januari ini.

Kursus-kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditawarkan semasa pendaftaran berkenaan  ialah Kursus Mekatronik, Elektronik Industri, Rekaan Grafik, Sistem Komputer dan Sistem Maklumat.

Manakala Kursus Akademik yang ditawarkan ialah Sijil Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dan Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Bagi pendaftaran pada hari berkenaan, calon-calon dikehendaki membawa bersama tiga keping gambar berukuran pasport, salian sijil lahir, salinan sijil berhenti sekolah, salinan kad pengenalan, salinan SPM/STPM atau slip percubaan SPM/STPM.

Mereka yang mendaftar dikehendaki berpakaian formal dan kemas semasa hari pendaftaran.

Sehubungan itu, bagi memudahkan calon semasa hari pendaftaran dan mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran dan penerangan lebih lanjut, mereka dikehendaki membawa bersama semua peralatan kegunaan harian kerana aktiviti orientasi akan bermula pada malam 7 Januari 2013 (Isnin) hingga 11 Januari 2012 (Jumaat).

Aktiviti orientasi tersebut akan diadakan di pekarangan PPKS Miri dan mereka yang telah mendaftar dikehendaki bermalam di asrama sepanjang aktiviti terbabit dijalankan.

Pendaftaran akan diadakan di PPKS Miri di alamat Block 1 MCLD Jalan Shell Lutong 98000 Miri Sarawak.

Bagi pertanyaan lanjut berhubung pendaftaran atau kursus, mereka yang berminat boleh menghubungi Jillson Sami, Tini atau Zafirah di talian 085-622184/ 085-622194.

- UB
logoblog

Thanks for reading Pendaftaran Terbuka PPKS Cawangan Miri Pada Hari Ini, 7 Januari

Previous
« Prev Post

No comments: