KUALA LUMPUR - Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan tembok di
Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang runtuh.
Kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu turut merosakkan tujuh
buah motosikal di tempat letak motosikal akibat dihempap tembok setinggi
1.5 meter itu.
Pakar kejuruteraan geologi UPM, Dr Husaini Omar berkata, tembok
tersebut dipercayai runtuh kerana tidak dapat menahan kapasiti air yang
banyak akibat hujan berlarutan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd
Sani Harul berkata, pihaknya yang menerima panggilan turut menghantar
enam anggota dan sebuah jentera dari balai Serdang untuk memantau
keadaan. - Bernama
No comments:
Post a Comment