BETONG:
Kolej Vokasional Betong akan memulakan sesi pengajian bagi Pelajar Tahun 1
bermula 21 Januari ini.
Justeru,
sesi pendaftaran pelajar baharu akan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga jam
4.00 petang di Dewan Sri Kenanga Kolej Vokasional Betong.
Kenyataan
akhbarnya memberitahu, pelajar dikehendaki berpakaian seragam lengkap iaitu
berkemeja putih, berseluar dan berkasut hitam semasa pendaftaran.
Jawatankuasa
Pengambilan Pelajar Kolej Vokasional Betong (JKPP) menasihati semua pelajar
agar menyedia dan melengkapkan semua dokumen seperti yang terdapat pada
Lampiran A yang dilampirkan bersama surat tawaran.
”JKPP
KV Betong juga mengingatkan bahawa pelajar yang gagal melaporkan diri pada 21
Januari 2013 secara automatik dianggap menolak tawaran.
”Oleh
itu, semua pelajar yang tidak dapat mendaftar pada 21 Januari diminta
menghubungi Pegawai Meja JKPP di talian 083-472160.
“Bagi
pelajar yang telah mengemukakan rayuan dan permohonan secara ‘walk-in’ sebelum
ini, keputusan permohonan akan diketahui secara rasmi pada 22 Januari ini,”
jelas kenyataan itu.
Pihak
JKPP Kolej Vokasional Betong akan menghubungi mereka untuk memaklumkan
keputusan tersebut. Bagi pelajar yang belum mengemukakan sebarang permohonan
tetapi masih berminat, pelajar boleh datang secara ‘walk-in’ pada 22 Januari
dengan membawa bersama salinan kad pengenalan dan slip keputusan PMR 2012.
Bagaimanapun,
tawaran adalah tertakluk kepada kekosongan kursus dipohon.
Dalam
pada itu, sebarang kemusykilan para pelajar boleh berhubung terus dengan
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Nayan Yamin, Ketua Unit Psikologi dan
Kerjaya Sangin Juat dan Pegawai Psikologi dan Kerjaya Kolej Vokasional Betong
Muhirman Mu-Alim.
- UB
No comments:
Post a Comment