Pengguna
Internet mengejek tindakan pemimpin tersebut yang mengulangi perkataan
'Dengar' sebanyak tujuh kali untuk menghalang pelajar itu dari terus
bercakap dan membandingkan isu yang dibangkitkan seperti sistem
pendidikan percuma, demonstrasi jalanan kepada masalah dialami haiwan.
"Ikan yu pun ada masalah.
"Anda
pernah makan sirip ikan yu sebelum ini? Adakah anda pernah melihat
bagaimana orang membuang ikan yu semula ke dalam laut supaya mati.
Lihat, bagaimana manusia lebih tamak daripada ikan yu?," kata Presiden
Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin
dalam video berdurasi selama 24 minit itu.
Manakala, pengguna lain menyiarkan video tersebut dalam versi alunan remix bertajuk “Listen! Listen! When I Speak, Listen!”
Video
asal insiden itu dimuat turun di laman sosial YouTube minggu lalu,
menunjukkan Sharifah yang juga speaker jemputan sebuah forum anjuran
Universiti Utara Malaysia pada 8 Disember lalu menyampuk seorang
pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Bawani KS.
Sharifah memberitahu Bawani supaya meninggalkan negara ini jika tidak gembira berada di Malaysia.
"Jangan bandingkan Malaysia dengan negara lain. Jika anda bandingkan, apa yang anda lakukan di Malaysia?
"Pergi
ke Cuba, Argentina, Libya, atau ke mana saja. Kerana anda tahu kenapa?
Semua pelajar di dewan ini gembira dengan apa yang kerajaan beri
kepada mereka," kata Sharifah kepada para pelajar di dalam video itu.
Ketika
dihubungi, Bawani, 27, yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana
Undang-Undang berkata, speaker jemputan menjanjikan sesi soal jawab
selepas forum tetapi tidak membenarkan lebih daripada dua soalan.
"Saya
tidak bersetuju dengan beberapa pandangan yang disuarakan oleh speaker
dan ingin berkongsi pendapat saya. Namun, dia menyampuk ketika saya
bercakap dan berkata saya biadap," katanya.
Video tersebut turut menarik perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang menghubungi Bawani.
"Sekiranya speaker tidak bersetuju dengan Bawani, dia tidak harus meninggikan suara dan menghinanya," kata Saifuddin.
Di
Twitter, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyangkal dakwaan
bahawa SW1M dikaitkan dengan Barisan Nasional dan berkata, beliau tidak
pernah mengetahui mengenai kumpulan itu.
"Sila dengar saya, wanita tersebut tidak mewakili Barisan," katanya.
- mStar
No comments:
Post a Comment