Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin
menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM
apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di
depan khalayak ramai.
1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed
Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan
dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.
2.
Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak
dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu
ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi “haiwan
bermasalah” yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang
dikemukakan oleh Saudari Bawani.
3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak
menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab
soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah
untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana
beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.
4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah
patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua
elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar
pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi
diri yang menjadi teruhan.
5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam
dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi
soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah
diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan.
Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses
belajar.
- Keadilan
No comments:
Post a Comment