PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus memberi
tumpuan kepada usaha meningkatkan taraf pendidikan negara selaras
dengan tuntutan semasa.
Perdana Menteri berkata ini kerana
penguasaan dalam bidang pendidikan dan keilmuan merupakan teras utama
kepada kelangsungan sebuah negara bangsa di abad ke-21 ini.
“Empayar
sesebuah bangsa kini lebih menjurus kepada penguasaan dalam bidang ilmu
dan pendidikan untuk terus berdaya saing dan lebih kompetitif.
“Ia
bukan fikiran ketenteraan tetapi ‘empayar minda’ yang akan kekal di
abad ke-21 ini,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah
Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) peringkat Parlimen Pekan 2012.
Seramai 364 pelajar UPSR parlimen itu berjaya memperolehi keputusan 5A dan 100 pelajar PMR mendapat keputusan 100 peratus A.
Beliau
berkata apa yang penting, peranan ibu bapa dan komuniti dilihat antara
faktor penyumbang kepada kejayaan dalam pendidikan negara.
“Bidang
pendidikan adalah satu bidang yang amat strategik dan penting, kejayaan
sesebuah negara bergantung kepada kesepaduan antara ilmu, kemahiran,
pemikiran inovatif dan kreatif,” katanya.
Najib berkata kejayaan
sesebuah negara juga bergantung kepada daya saing rakyat yang dapat
membangunkan bakat mereka bagi menyumbang sesuatu kepada negara.
“Sesiapa
yang ada idea unggul akan capai kejayaan dan mendahului yang lain,
mengambil iktibar bahawa persaingan abad ke-21 bukan sahaja menguasai
akademik tapi ianya perlu lebih inovatif dan kreatif,” katanya.
Najib
berkata ibu bapa perlulah memainkan peranan besar dalam usaha membantu
pencapaian anak-anak seperti memberi sokongan moral dan membimbing
mereka untuk mencapai kejayaan.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. — Bernama
No comments:
Post a Comment