KUCHING: Beberapa pelajar Tingkatan Enam sebuah
sekolah menengah di Jalan Setia Raja membuat laporan polis mendakwa
kehilangan telefon bimbit dan komputer riba di dalam kelas mereka pagi
semalam.
Insiden tersebut hanya disedari oleh kesemua mangsa selepas selesai perhimpunan sekolah sekitar jam 7 pagi semalam.
Menurut sumber, pencuri dipercayai memasuki kelas tersebut menerusi beberapa cermin tingkap yang telah dirosakkan.
Antara yang dilaporkan hilang adalah lima telefon bimbit pelbagai jenama serta dua komputer riba.
Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan.
No comments:
Post a Comment