KANGAR - Kesibukan tugas sebagai seorang pensyarah universiti tidak
menghalang Mohd Irwan Yusoff menyertai pasukan Sukarelawan Simpanan
Polis (SSP) di Perlis.
Pensyarah Kejuruteraan Sistem Elektrik Universiti Malaysia Perlis (Unimap) itu adalah antara 200 orang yang terpilih menyertai SSP dan akan memikul tanggungjawab sebagai seorang anggota sukarelawan polis bermula hari ini.
Mohd Irwan, 29, yang meminati bidang kepolisan pernah memohon menjadi pegawai polis namun tawaran menjadi pensyarah diterima lebih awal menyebabkan beliau memilih menjadi seorang ahli akademik.
Ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka tawaran kepada orang awam yang berminat menyertai SSP akhir tahun lalu, beliau menjadi antara 1,021 yang menghadiri temuduga.
Beliau berkata tanggungjawab sebagai SSP tidak akan mengganggu tugas hakikinya sebagai pensyarah kerana ia dilakukan selepas waktu berkerja.
"Saya telah mendapat pelepasan ketua jabatan untuk menyertai SSP dan yakin ia tidak akan membebankan kerana agihan masa akan dibuat dengan sebaik mungkin," kata Mohd Irwan ketika ditemui selepas majlis amanat Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Haron di Kompleks Latihan Polis Kuala Perlis dekat sini hari ini.
Sementara itu, Zull Aznam berkata, dengan penambahan 200 anggota baharu SSP hari ini, kekuatan pasukan itu kini meningkat kepada 273 orang.
Katanya, meskipun pasukan itu berstatus sukarelawan namun setiap anggotanya tetap terikat dengan disiplin dan tanggungjawab sebagai seorang anggota polis. - Bernama

No comments:
Post a Comment