Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
telah menyerahkan kutipan sumbangan Tabung Gaza, We Care! berjumlah RM3786.00
Kepada wakil Aqsa Sharif (AQSA),UTHM; Profesor Madya Dr. Jiwa Abdullah dalam
satu majlis penutup Program Bicara Ilmu Kajian Tindakan yang telah diadakan di
Kampus induk pada 19 Disember lalu.
Untuk rekod, Aqsa Sharif
merupakan satu organisasi sukarelawan yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM
Malaysia, bertujuan untuk menyebar maklumat, menyalurkan bantuan kewangan dan
kemanusiaan serta menyumbang tenaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan
dunia secara amnya.
Pelbagai program dan
projek telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Aqsa Syarif antaranya memberi
bantuan kemanusiaan melalui penghantaran bekalan makanan, perubatan dan
keperluan pendidikan.
Aqsa Syarif berusaha mengumpul dana daripada rakyat dan pelbagai agensi awam dan swasta di Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat di bumi Palestin dan di kem-kem sementara di luar negara seperti di Beirut, Jordan dan Syria. Antara misi dan projek yang sedang dilaksanakan ialah “AQSA2Gaza Emergency Releif-Selamatkan Kanak-kanak Gaza,” “Malaysian-Palestinian Village Industry (MyPVI)” dan “Projek Penajaan Keluarga Miskin dan Anak Yatim Palestin”.
Aqsa Syarif berusaha mengumpul dana daripada rakyat dan pelbagai agensi awam dan swasta di Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat di bumi Palestin dan di kem-kem sementara di luar negara seperti di Beirut, Jordan dan Syria. Antara misi dan projek yang sedang dilaksanakan ialah “AQSA2Gaza Emergency Releif-Selamatkan Kanak-kanak Gaza,” “Malaysian-Palestinian Village Industry (MyPVI)” dan “Projek Penajaan Keluarga Miskin dan Anak Yatim Palestin”.
Dekan FPTV, Dr. Razali
Hasan hadir bagi menyempurnakan upacara penyerahan sumbangan tersebut yang
diadakan di Bilik Seminar FPTV. Turut hadir menyaksikan upacara penyerahan
tersebut Penolong Pengarah, Unit Penyelidikan Makro, Bahagian Pembangunan dan
Pendidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia; Dr. Roslee
Ibrahim.
Pengerusi Kutipan Tabung
Gaza, We Care! peringkat
FPTV, Encik Nornizam Jamal berkata seluruh warga fakulti menyambut baik segala
usaha yang dilakukan oleh tenaga kerjanya terutamanya Encik Shafiee Idris;
Pengerusi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), saudara Izzar Idris dan
termasuklah semua ketua seksyen Program DPLI.
“Wang sumbangan tersebut
berjaya dikumpul dalam masa dua minggu selepas pelancaran tabung dibuat. Justeru,
saya mewakili pihak fakulti ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas
sumbangan yang diberikan oleh para pensyarah dan pelajar-pelajar. Semoga program
ini dapat membantu saudara-saudara di Aqsa yang sangat memerlukan,” katanya.
Turut diadakan sebelum
upacara tersebut ialah satu program Bicara Ilmu "Kajian Tindakan; suatu
sesi pendedahan kajian tindakan yang sebenar di Malaysia dan peluang-peluang yang
boleh diperolehi oleh guru-guru di Malaysia ini". Ceramah yang disampaikan
oleh Dr. Roslee Ibrahim ini disertai oleh kira-kira 70 orang pelajar program
DPLI.
No comments:
Post a Comment