Powered by Blogger.

Thursday, February 07, 2013

1,600 pelajar SMK Datuk Panglima Abdullah II terima bantuan

  NR       Thursday, February 07, 2013
SEMPORNA 5 Feb. - Sebanyak 1,600 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Panglima Abdullah II di sini, menerima Bantuan Awal Persekolahan daripada kerajaan.

Sumbangan berupa wang tunai RM100 itu disampaikan Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran dalam majlis yang diadakan di dewan sekolah berkenaan semalam.

Dalam ucapannya, Nasir berkata, rakyat perlu mensyukuri nikmat pembangunan dan pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini khususnya dalam aspek pembangunan pendidikan.

"Kerajaan sentiasa berusaha memenuhi keperluan pendidikan termasuk menambah bilangan sekolah, asrama, guru dan menyediakan lebih 20 jenis bantuan kepada pelajar seperti bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), rancangan makanan tambahan, susu 1Malaysia, buku teks dan bantuan uniform sekolah," katanya.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah, Raduan Abdul Rahman; Pengetua SMK Datuk Panglima Abdullah II, Gambalidah Jahiri dan Ketua Daerah Kawasan Senallang, Musa Sabaani.

Nasir berkata, daerah itu dahulunya hanya memiliki sebuah sekolah menengah tetapi sekarang bertambah kepada sembilan buah sekolah dan tujuh daripadanya merupakan sekolah berasrama.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan golongan ibu bapa memanfaatkan bantuan khas supaya tersebut untuk tujuan dan keperluan pembelajaran anak-anak mereka serta tidak menggunakannya untuk tujuan lain.

Katanya, bantuan yang diberikan kerajaan itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa khusus mereka yang berpendapatan rendah dan miskin.

logoblog

Thanks for reading 1,600 pelajar SMK Datuk Panglima Abdullah II terima bantuan

Previous
« Prev Post

No comments: