Powered by Blogger.

Thursday, February 07, 2013

Politeknik Mukah Anjur Kempen 3K di Kg Nangar Besar, Daro

  NR       Thursday, February 07, 2013
DARO 5 Feb. - Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Mukah dan Pejabat Kesihatan Daerah baru-baru ini, menganjurkan Kempen 3K (Kesihatan, Kebersihan dan Kesedaran) di Kampung Nangar Besar, di sini.

Antara aktiviti yang berlangsung ialah senamrobik diikuti ceramah kesihatan berkaitan penularan wabak demam denggi oleh Pegawai Kesihatan Awam Daro, Mohd. Salleh. 

Pegawai Perhubungan Awam, Politeknik Mukah, Ivy Stephen Sekai berkata, turut berlangsung ialah ceramah motivasi dan ujian saringan kesihatan secara percuma dan gotong-royong bersama penduduk.

"Objektif Program 3K adalah untuk meningkatkan kesedaran penduduk kampung mengenai kebersihan alam sekitar sebagai langkah mengelakkan penularan wabak berjangkit seperti malaria dan denggi.

"Selain itu kita harap ia menggalakkan para penduduk kampung supaya peka terhadap tahap kesihatan mereka demi kesejahteraan hidup," katanya.

Sementara itu, Ivy berkata, acara kemuncak Kempen 3K adalah penyerahan sebanyak 40 tong sampah kepada penduduk kampung oleh Majlis Daerah Matu-Daro. 

Katanya, penyerahan tong sampah itu diharap menjadi titik permulaan kepada penduduk kampung agar tidak membuang sampah merata-rata apabila selesainya sesi gotong-royong.

"Kita ucapkan terima kasih kepada Majlis Daerah Matu-Daro yang turut menyediakan lori sampah untuk membantu membuang sampah-sampah yang dikumpul dalam sesi gotong-royong tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kaum Kampung Nangar Besar, Hassan Kelan melahirkan rasa gembira dan berbesar hati menerima kedatangan peserta kerana sudah lama kampung itu tidak mengadakan aktiviti kemasyarakatan. 

Beliau juga berharap program itu akan terus diadakan pada masa hadapan.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Politeknik Mukah Anjur Kempen 3K di Kg Nangar Besar, Daro

Previous
« Prev Post

No comments: