Powered by Blogger.

Thursday, February 07, 2013

226 Pelajar Cemerlang UPSR, PMR 2012 Lembah Pantai Dirai

  NR       Thursday, February 07, 2013
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah) bersama pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menunjukkan slogan 1Malaysia selepas majlis anugerah cemerlang peringkat Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin. 
 
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Nilai-nilai positif perlu dipupuk dalam diri setiap pelajar bukan sahaja mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga memiliki sahsiah yang seimbang.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sikap itu perlu disemai sejak usia muda supaya menjadi sebahagian daripada jati diri pelajar.

"Pada masa depan persaingan tidak hanya terletak kepada kejayaan akademik semata-mata tetapi menuntut kejayaan dalam aspek lebih luas terutama keupayaan berfikir secara lebih kreatif dan inovatif," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penyampaian anugerah cemerlang peringkat Parlimen Lembah Pantai di sini semalam.

Dalam majlis itu, seramai 266 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 menerima sijil, wang tunai dan beg.

Program itu merupakan acara tahunan UMNO Lembah Pantai sejak empat lalu sebagai menghargai para pelajar cemerlang sekali gus menjadi perangsang kepada mereka meneruskan kecemerlangan masing-masing.

logoblog

Thanks for reading 226 Pelajar Cemerlang UPSR, PMR 2012 Lembah Pantai Dirai

Previous
« Prev Post

No comments: