Powered by Blogger.

Thursday, February 07, 2013

Latihan JPAM Diiktiraf Kokurikulum di UiTM

  NR       Thursday, February 07, 2013

KUALA KRAU 5 Feb. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang mengiktiraf latihan dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai kursus kokurikulum berkredit bagi para penuntut yang menyertai pasukan beruniform itu.

Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman berkata, langkah itu bertujuan memperkasakan kemahiran asas dalam kalangan penuntut yang menyertai pasukan tersebut kerana merupakan pelengkap akademik untuk melahirkan insan cemerlang.

Menurutnya, para penuntut wajib memilih mana-mana kursus bagi kategori pasukan beruniform sebagai memenuhi syarat bergraduan yang ditetapkan universiti.

"Kursus berkenaan memberi nilai tambah kepada mahasiswa bagi mencapai tahap akademik cemerlang selain mewujudkan semangat kerja berpasukan, memupuk jati diri dan cintakan tanah air," katanya.

Beliau berucap dalam majlis ramah mesra Kor Siswa-Siswa Pertahanan Awam (Sispa) UiTM cawangan itu bersama Pengarah JPAM Pahang, Kol. Che Othman Hussin di Dataran Kawat Hal Ehwal Pelajar di kampus universiti itu di sini semalam.

Menurut Hilmi, kursus itu mampu melahirkan pegawai pertahanan awam yang berkaliber, berpendidikan, bertanggungjawab dan berkemahiran.

"Perkara tersebut secara tidak langsung membentuk keperibadian mereka menjadi seorang pemimpin, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam kemahiran tertentu," ujarnya.

logoblog

Thanks for reading Latihan JPAM Diiktiraf Kokurikulum di UiTM

Previous
« Prev Post

No comments: