Powered by Blogger.

Thursday, February 07, 2013

53 pelajar UMP ikuti kem tingkat kemahiran bahasa Inggeris

  NR       Thursday, February 07, 2013
KUANTAN 5 Feb. - Cuti semester di Universiti Malaysia Pahang (UMP) ketika ini memberi peluang kepada 53 penuntut universiti itu mengikuti Kem Wonderful World of English di Janda Baik, Bentong baru-baru ini.

Penganjuran kem itu yang dijalankan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PMBSK) universiti tersebut merupakan kali kelima diadakan bagi meningkatkan minat para penuntut dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Menurut Guru Bahasa PBMSK, Nor Suhardiliana Saha, Kelab Intellegentsia juga aktif mengadakan program tertentu seperti Spell It Right UMP, So You Think You Can Speak serta merancang menganjurkan program Oh! My English dan kuiz bahasa Inggeris.

"Selama tiga hari program itu diadakan, para penuntut dikehendaki menggunakan bahasa Inggeris untuk bertutur dengan rakan lain dan markah kumpulan akan ditolak sekiranya gagal mematuhi syarat ini," katanya.

Nor Suhardiliana berkata, aktiviti dilakukan juga berbentuk permainan dalam bahasa Inggeris yang mencabar minda dengan menekankan aspek pendengaran dan percakapan.

Dalam pada itu, penuntut Ijazah Pengajian Kejuruteraan Kimia, Siti Hajar Abdul Hamid berkata, kem itu berjaya mengetengahkan pembelajaran lebih efektif kepada para penuntut supaya dapat digunakan walaupun berada di luar kuliah.

"Aktiviti yang dijalankan lebih santai dan membuatkan para penuntut seronok mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mendalam," katanya.

Bagi penuntut Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Amir Hashim menyifatkan penyertaannya dalam kem itu membuatkan dia lebih berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di khalayak ramai.

logoblog

Thanks for reading 53 pelajar UMP ikuti kem tingkat kemahiran bahasa Inggeris

Previous
« Prev Post

No comments: