Powered by Blogger.

Wednesday, February 27, 2013

PPD Kuching Siasat Segera Guru Besar Merotan Murid Sehingga Trauma

  NR       Wednesday, February 27, 2013

KUCHING: Tindakan ter­hadap guru besar yang di­dakwa merotan murid Tahun Empat sehingga trauma di sebuah sekolah di Jalan As­tana di sini telah dilakukan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah ber­kata PPD Kuching terus men­gadakan siasatan semalam (26 Februari) sejurus sahaja perkara itu dimaklumkan kepada mereka.

“Saya telah meminta lapo­ran daripada PPD Kuching, di mana mereka telah memak­lumkan bahawa siasatan telah diadakan pada hari ini iaitu 26 Februari.

“Bagaimanapun memand­angkan perkara ini telah di­laporkan kepada polis, maka kita serahkan kepada polis untuk melakukan tugas mere­ka,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Menurut beliau, apa yang dilakukan PPD kini adalah untuk mendapatkan perspek­tif daripada siasatan lapangan iaitu mendapatkan keteran­gan daripada individu berkai­tan di sekolah terbabit.

“Apa yang telah dilakukan PPD adalah untuk menda­patkan gambaran sebenar berlaku di kelas berkenaan dan saya merasakan tindakan telah dijalankan oleh PPD ke­pada guru besar berkaitan,” tegasnya.

Semalam akhbar menyiar­kan salah seorang daripada ibu bapa murid berkenaan tampil membuat laporan polis pada Isnin lepas (25 Februari) ter­hadap guru besar itu di Balai Polis Gita di sini.

Ibu berkenaan mendakwa guru besar itu merotan ana­knya sehingga menyebabkan pendarahan hidung yang serius dan ramai trauma serta enggan ke sekolah termasuk anaknya.

Fatimah menjelaskan men­urut laporan PPD, insiden berlaku apabila guru besar itu mengambil tindakan seperti yang didakwa ekoran keadaan sebuah kelas Tahun Empat yang sangat riuh dan bising selepas waktu rehat sekolah sementara menunggu kemas­ukan guru mata pelajaran.

Bagaimanapun guru besar telah ke kelas itu dan memberi amaran agar semua murid mendiamkan diri namun belum pun jauh guru besar berlalu dari kelas keadaan sudah mula kembali bising dan riuh.

Sehingga ada murid yang menjerit dan disebabkan itu guru besar terbabit bergegas semula ke kelas tersebut dan mengambil tindakan merotan di tapak tangan semua murid kelas itu.

“Kita tahu ia satu insiden yang menyedihkan namun oleh kerana ia masih dalam siasatan polis, maka kita biarkan pihak berkuasa ini melakukan tugas mereka,” tegas Fatimah lagi.


logoblog

Thanks for reading PPD Kuching Siasat Segera Guru Besar Merotan Murid Sehingga Trauma

Previous
« Prev Post

No comments: