Powered by Blogger.

Friday, December 02, 2011

USIM anjur Majlis Menjunjung Kasih hargai Tuanku Ampuan Najihah Canselor Universiti

  NR       Friday, December 02, 2011

MUHAMAD Muda (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin (tengah) sambil diperhatikan oleh Mohamad Yusof Md. Noor (kiri) pada Majlis Menjunjung Kasih Tuanku Canselor di Dataran Canselori Bangunan Canselori USIM, Nilai, semalam.


NILAI, 30 Nov. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menganjurkan majlis menjunjung kasih bagi menghargai jasa dan bakti Tunku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin yang menamatkan tugasnya sebagai Canselor universiti berkenaan hari ini.

Majlis diadakan di dataran Canselori dan dihadiri oleh lebih 1,500 orang termasuk kakitangan dan mahasiswa universiti berkenaan.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Md. Noor dan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda.

Tunku Ampuan Najihah telah dimasyurkan sebagai Canselor pada 9 Ogos 2003 dan merupakan Canselor pertama USIM.

Dalam ucapan pada majlis itu, Tunku Ampuan Najihah berkata, selama sembilan tahun memayungi universiti berkenaan, baginda gembira melihat kesungguhan dan komitmen kakitangan USIM membawa perubahan dan kemajuan universiti berkenaan.

Muhamad pula dalam ucapannya pula berkata, bakti Tunku Ampuan Najihah terhadap USIM amat besar, terutama dalam memainkan peranan untuk penarafan USIM sebagai sebuah universiti penuh daripada sebuah institusi yang berstatus kolej universiti.

Katanya, sejak konvokesyen pertama pada 2003 hingga kini, USIM telah melahirkan 5,233 graduan dan ramai antara mereka berjaya dalam pelbagai sektor. - BERNAMA
logoblog

Thanks for reading USIM anjur Majlis Menjunjung Kasih hargai Tuanku Ampuan Najihah Canselor Universiti

Previous
« Prev Post

No comments: