Powered by Blogger.

Thursday, February 07, 2013

RM1.41j baucar buku untuk 5,760 pelajar PKB

  NR       Thursday, February 07, 2013
KOTA BHARU 5 Feb. - Sebanyak 5,760 pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) menerima manfaat daripada Kerajaan Pusat menerusi agihan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BBB1M) berjumlah RM250 setiap seorang.

Pengarahnya, Noor Azahan Othman berkata, bantuan tersebut melibatkan peruntukan RM1.41 juta yang mula diagihkan kepada pelajar berkenaan Jumaat lepas.

"Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban keluarga pelajar berkenaan, selain diharapkan mampu membantu pelajar mendapatkan bahan rujukan yang terbaik untuk digunakan dalam proses pembelajaran nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian BBB1M di Dewan Jubli Perak di sini baru-baru ini.

Penyampaian tersebut disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Jajahan Kota Bharu, Ir. Mohd. Zaki Mohd yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

Noor Azahan memberitahu, PKB antara institut pengajian tinggi awam (IPTA) terawal mengagihkan bantuan tersebut kepada para pelajar.

"Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB telah berusaha secepat mungkin bagi mengadakan majlis penyerahan untuk membantu para pelajar menggunakan baucar tersebut membeli keperluan pembelajaran," ujarnya.

Sementara itu, seorang pelajar, Nor Aziatul Azidah Azhari, 22, berkata, pemberian BBB1M menyuntik semangat beliau untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

"Bantuan ini amat bermakna buat golongan pelajar seperti saya. Pemberian ini meringankan bebanan kami sebagai pelajar. Terima kepada kerajaan kerana prihatin terhadap golongan pelajar seperti kami," katanya.

Seorang lagi pelajar, Muhamad Khairul Syafiq Kamarul Arifin, 20, memberitahu, BBB1M banyak membantunya mendapatkan bahan rujukan berkualiti.

"Dengan bantuan ini dapatlah saya membeli bahan rujukan yang berkualiti dan secara tidak langsung meningkatkan lagi mutu pembelajaran saya," ujarnya.

logoblog

Thanks for reading RM1.41j baucar buku untuk 5,760 pelajar PKB

Previous
« Prev Post

No comments: