Powered by Blogger.

Sunday, August 18, 2013

Kementerian Kesihatan Mohon JPA Wujudkan 10,000 Jawatan Untuk Jururawat

  NR       Sunday, August 18, 2013

BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan telah memohon dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan 10,000 penjawatan bagi perkhidmatan jururawat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata jawatan baharu itu diperlukan bukan sahaja kerana kekurangan bilangan jururawat tetapi untuk menampung keperluan klinik dan hospital baharu serta bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.

Kini kira-kira 1,600 juru-rawat terlatih dilahirkan setiap tahun.

Kementerian Kesihatan juga mencadangkan 3,000 klinik dan 140 hospital baharu, kata beliau kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman beliau di sini semalam.

Mengenai pengisytiharan harta yang dilakukan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan anggota exconya, Dr Hilmi yang juga Ketua UMNO  bahagian Balik Pulau berkata amalan itu menjadi perkara biasa semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau turut mempersoal-kan sikap Lim yang juga Setiausaha Agung DAP yang mempertikaikan arahan ROS  agar DAP mengadakan semula pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu “Kenapa perlu kecoh, ia hanyalah pemilihan semula,” katanya. — Bernama, 10 Ogos
logoblog

Thanks for reading Kementerian Kesihatan Mohon JPA Wujudkan 10,000 Jawatan Untuk Jururawat

Previous
« Prev Post

No comments: