KENINGAU: Seramai 14 tahanan juvana lelaki Sekolah Henry Gurney
dekat sini dipercayai melarikan diri kira-kira jam 6.00 pagi pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Robert
Salisip @ David berkata, menurut laporan penyelia yang bertugas di blok
orentasi sekolah berkenaan mendapati tahanan terbabit tiada dalam blok
penginapan.
Katanya, tahanan juvana terbabit yang berasal dari Keningau, Kota
Belud, Semporna, Tawau dan Lahad Datu Sabah, Bandar Miri, Badung dan Belaga
Sarawak menggunakan kain dan kayu mop untuk mematahkan grill dan keluar
memanjat dua lapisan pagar dawai berduri dengan beralaskan kain selimut.
Ketua Polis Daerah itu ketika dihubungi kelmarin berkata, usaha
mengesan semua tahanan juvana yang lari sedang giat dijalankan oleh
polis IPD Keningau dan pihak penjara.
Beliau berkata, sehingga petang kelmarin (Ahad) tiga daripada
mereka berjaya ditangkap.
Tahanan yang melarikan diri itu terdiri dari Ab. Malik b. Abdul
Bustan. L/17 thn, bajau, A/ Kg. Innabah Kamal Semporna, Ajun b. Abdullah,L/15
thn, Kagayan, A/ Jln Bt. Sapi, Sandakan., Mohd Hairil Faizal L/15 thn, Suluk,
A/Kg. Berundung, Papar, Jainal bin Omar,L/18 thn,b/tidung, A/Tanjung Bt. Laut,
Tawau, Muhamad Safudin bin Roseman, L/16 thn, A/bt. 14 Sandakan Sabah, Azwar
Anas b. Amran, L/16thn, bugis, A/Kg. Membelua Tawau, Junytor b. Jaukin,
L/15thn, dusun, A/ Kg. Langkap Tiung, K. Belud dan. Abdul Wafi Singgan,
L/18thn, dusun, A/ Kg. Tungkutus, K. Belud.
Yang lain ialah Evenas Dryyan b. Epol, L/18thn, murut, Kg.
AmbualKGU, Muhammad Dahlan b. Ikhwan, L/19thn, melanau, Kg. Badung Sarawak,
Wasian Achop AK Sangalang, L/17thn, iban, Bandar Miri Sarawak, Allenwin AK
Ucau, L/17thn, Iban, Kg. Tungku, Lahad Datu, Edmond AK Jimmy, L/16thn, Bidayuh,
A/ Kuching Sarawak dan Agustin Robert Siting, L/19 thn, Kayan, A/ Belaga
Sarawak.
Sumber: New Sabah Times, 21/10/2013
No comments:
Post a Comment