Powered by Blogger.

Sunday, October 06, 2013

Beberapa Guru di Negeri Sembilan Dilaporkan Kehilangan Gaji

  NR       Sunday, October 06, 2013

SEREMBAN – Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) mengesahkan turut menerima laporan berhubung kejadian kes guru kehilangan gaji di negeri ini.

Pengarahnya, Kalsom Khalid bagaimanapun berkata, bilangan guru yang terlibat adalah sedikit.

"Memang ada berlaku kes guru kehilangan berdasarkan laporan diterima jabatan daripada pihak bank, kelmarin. Kita sudah pun meminta guru terlibat supaya menutup akaun mereka segera seperti mana dinasihatkan Jabatan Akauntan Negara negeri dan membuka akaun baru di bank yang sama," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam masa sama, Kalsom turut menasihatkan guru-guru di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan perlu mendapatkan maklumat sahih sebelum mengisi borang yang mengaitkan nombor akaun.

“Jika ada pihak-pihak yang meminta nombor akaun dalam bentuk e-mel, mereka perlu merujuk kepada jabatan berkenaan terdahulu. Jangan terperangkap dengan helah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.


Surat palsu yang dikatakan diedarkan disekolah sekitar Negeri Sembilan dan Kedah. 

Surat Peringatan daripada Unit Gaji Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Sumber: 3 Oktober 2013
logoblog

Thanks for reading Beberapa Guru di Negeri Sembilan Dilaporkan Kehilangan Gaji

Previous
« Prev Post

No comments: