Powered by Blogger.

Friday, October 31, 2014

Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan Meninggal Akibat Jangkitan Kencing Tikus

  NR       Friday, October 31, 2014

LABUAN: Seorang pelajar perempuan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dekat sini yang disyaki terkena jangkitan kencing tikus atau leptospirosis meninggal dunia Isnin lalu.
Mangsa berusia 18 tahun dan berasal dari Bintulu, Sarawak itu difahamkan dimasukkan ke wad Hospital Labuan selepas mengalami simptom demam panas, sakit perut, muntah serta cirit birit.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismail Ali, berkata pelajar itu turut dibedah selepas beliau didapati mempunyai tanda menghidap penyakit apendiks.
"Selepas pembedahan, keadaan pelajar itu memuaskan namun kembali kritikal tidak lama kemudian.
"Hasil ujian saringan awal mendapati mangsa berkemungkinan dijangkiti penyakit kencing tikus, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan untuk pengesahan," katanya dalam kenyataannya di sini, sebentar tadi.
- BH, 29/10/2014
logoblog

Thanks for reading Pelajar Kolej Matrikulasi Labuan Meninggal Akibat Jangkitan Kencing Tikus

Previous
« Prev Post

No comments: