Powered by Blogger.

Tuesday, March 08, 2016

Seramai 819 Guru Interim Ditemuduga Pada 9 Mac 2016 di Sarawak

  NR       Tuesday, March 08, 2016

     Sedikit terkejut dengan pengumuman di laman web Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak yang menyenaraikan 819 calon Guru Interim yang rata-ratanya dikalangan graduan pendidikan IPTS kali ini.

Isu Kuota Pengambilan Guru Melebihi Kekosongan

     Sekitar hujung tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Joseph Entulu Belaun berkata dasar pengambilan guru tidak boleh dibuka kepada semua siswazah pendidikan termasuk daripada IPTS memandangkan terdapat kuota pengambilan agak melebihi kekosongan yang ada ketika ditanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat ketika itu.

Sasaran 90% guru tempatan di Sabah & Sarawak (2015)

     Sekitar hujung tahun lepas juga Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan juga berkata permohonan pertukaran guru berasal dari Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung untuk kembali ke Sarawak akan diberi keutamaan berkuatkuasa 1 Jan 2016, tanpa mengira tempoh perkhidmatan guru terbabit bagi mencapai sasaran 90% guru tempatan di Sarawak.

     Berita baik kepada guru-guru dari Semenanjung mengajar di Sabah & Sarawak begitu juga sebaliknya untuk balik ke negeri masing-masing apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga turut membuat kenyataan media mengenai Isu pertukaran Guru bertarikh 13 januari 2016. Menarik perhatian pada status Dato’ Seri Mahdsir Khalid di facebook beliau meluluskan 1,848 permohonan bertukar sekolah bermula Jan 2016 daripada 7000 lebih permohonan. Ketika sidang kemuncak UNESCO pun, Dato’ sendiri tetap meluangkan masa untuk membaca luahan guru dengan cabaran yang dihadapi pasangan yang bertugas dan tinggal berjauhan berdasarkan status fb beliau. Sememangnya KPM memahami dukalara guru-guru yang berjauhan dengan terutamanya mereka yang telah bekeluarga dan tinggal berjauhan. 

Inisiatif Pengumpulan Data 90: 10 

     Pelancaran Inisiatif Pengumpulan Data 90:10 dilancarkan bagi merealisasikan 90% guru di Sabah & Sarawak adalah dikalangan anak tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang seperti yang diberitakan di akhbar.

     Namun agak berbeza di kedua-dua negeri di kepulauan Borneo ini, dimana JPN Sabah mengumpulkan data graduan jurusan pendidikan IPTa/s, manakala JPN Sarawak mengumpulkan data graduan pendidikan & bukan pendidikan. 

Di Sabah

     Datuk Jame Alip mengumumkan seramai 2,284 guru yang mengajar di Sabah memohon untuk balik mengajar di negeri masing-masing ketika melancarkan inisiatif pengumpulan data 90:10 lalu. Katanya Sabah memerlukan lebih 200 guru mengajar Sains di samping guru kaunseling. Terdapat lebih 1,000 kekosongan ekoran guru balik ke negeri masing-masing.

Di Sarawak 

     Datuk Fatimah Abdullah, juga mengatakan KPM meluluskan permohonan 1,164 guru yang berasal dari Semenanjung mengajar di Sarawak untuk balik ke negeri itu setakat bulan Januari 2016. Setakat ini 77% adalah guru tempatan & 20% adalah guru di negeri lain katanya.

Apa itu Guru Interim?

      Guru Interim juga dikenali “Guru Sandaran Siswazah Terlatih”. Guru Interim mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Guru interim adalah guru yang dilantik JPN bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah di bawah KPM. 

     Pada ada tahun 2012, daripada kira-kira 5,500 calon Guru Interim yang ditemuduga SPP, hanya 62 calon gagal, namun akhbar memberitahu bahawa calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan. Berdasarkan statistik ini sebenarnya Guru Interim juga berpeluang untuk mendapat jawatan tetap untuk mengajar di sekolah rendah & menengah kerajaan.  

Bagaimana calon Guru Interim di Sarawak dipilih?

     Calon yang dipilih adalah melalui mereka yang mendaftarkan diri dengan JPN Sarawak yang bertempat di Kuching melalui perlaksanaan program inisiatif pengumpulan data 90:10 bagi jurusan pendidikan di Sabah & Sarawak pada oktober 2015.

     Walaupun sehingga lebih 14 ribu yang memohon berdasarkan facebook page JPN Sarawak, ini kerana JPN Sarawak mengumpulka data graduan pendidikan/bukan pendidikan dalam kalangan anak watan Sarawak. 

     Pelancaran Inisiatif Pengumpulan Data 90:10 ini bagi merealisasikan 90% guru di Sabah & Sarawak adalah dikalangan anak tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang seperti yang dikhabarkan dalam akhbar.

Rujuk nama terpilih di laman web http://jpnsarawak.moe.gov.my/.
[Surat panggilan temuduga juga telah dihantar melalui pos]

Tarikh & Tempat Temuduga

Calon akan ditemuduga di 5 zon dan 7 tempat yang telah ditetapkan pada 9 Mac 2016 (Rabu). Maklumat terpirinci rujuk di bawah:

     1. ZON KUCHING : 398 calon
- Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
- Pusat Temu Duga, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
2. ZON SIBU : 223 calon
- Pusat Temu Duga SPA Sibu, Sarawak
- Unit Penilaian & Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
3. ZON MIRI : 105 calon
- Pusat Temu Duga SPA Miri, Sarawak
4. ZON BINTULU : 55 calon
- SMK Bintulu
5. ZON LIMBANG : 38 calon
- Pusat Kegiatan Guru Bahagian Limbang


Menjawab persoalan graduan pendidikan IPTS Unitar/Unirazak 

     Jika sebelum ini Guru Interim ini hanya ditawarkan kepada graduan IPTA seperti UPSI, USM, UPM, UKM yang menawarkan bidang pendidikan dan beberapa IPTS yang menawarkan bidang pendidikan juga tersenarai pada permohonan SPP.

     Sekitar Mac, 2012 Universiti Tun Abdul Razak (BUA905) tersenarai dalam e-Permohonan SPP, satu berita baik bahawa graduan IPTS ini boleh memohon berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.

     Pada Sept, 2012 seramai 8 graduan daripada IPTS berjaya mendapat tempat melalui temuduga SPP, 7 daripadanya adalah dari Unitar dan 1 daripada OUM melalui permohonan e-gst & temuduga SPP pada bulan April.

     Kejayaan Unitar tersenarai dalam e-Permohonan SPP juga memberi peluang kepada beberapa graduan pendidikan di univerisiti ini untuk menjadi guru bersama agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mana kini beberapa orang graduan juga mendapat tempat di Institut Pendidikan MARA seperti MRSM, IKM dan KKTM. Ini kerana kekosongan jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) adalah ditentukan oleh SPP meskipun pihak KPM ataupun MARA membuat pengambilan guru. 

Pesanan Buat Guru Interim Yang Akan Mengikuti Temuduga

     Kepada Guru Interim yang terpilih, bersedialah mengajar subjek yang tidak mengikut opsyen anda, kerana guru interim mengisi kekosongan guru di sekolah untuk mengajar subjek yang tidak mempunyai guru. Apa yang lebih penting kepada calon yang tersenarai dalam temuduga Guru Interim di Sarawak ini agar lebih bersedia untuk ditemuduga ini kerana peluang ini begitu jarang sekali ada, sehingga begitu lama graduan IPTS ini sebenarnya menunggu panggilan temuduga seperti ini. Pengajar juga turut bersimpati apabila graduan pendidikan IPTS ini memberitahu bahawa ada yang menunggu dari tahun 2009/2010. Penulis mendoakan anda semua berjaya menjadi guru & berbakti kepada anak didik di Sarawak. 

Rujukan berkaitan: Utusan Borneo, Astro AwaniUtusan, JPN Sarawak, JPN Sabah
logoblog

Thanks for reading Seramai 819 Guru Interim Ditemuduga Pada 9 Mac 2016 di Sarawak

Previous
« Prev Post

3 comments:

Augustine Ngali said...

Kesimpulanya adakah graduan IPTS yg mempunyai Ijazah Pendidikan juga akan diterima? Misalnya Universiti Selangor juga menyediakan Ijazah Pendidikan Bahasa Inggeris.

Augustine Ngali said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Adakah IPTS lain juga di terima menjadi guru interim. Universiti Selangor juga menyediakan ijazah sarjana muda pendidikan kepujian pengajian Islam, pendidikan awal kanak-kanak dan sebagainya.