Powered by Blogger.

Thursday, February 02, 2017

Nasib Guru Interim Insiatif Pengumpulan Data 90:10 Negeri Sarawak

  NR       Thursday, February 02, 2017

1. Pada Oktober 2015 JPN Sarawak membuat inisiatif pengumpulan maklumat dengan membuka Borang pengumpulan maklumat graduan IPTA / IPTS (dengan pendidikan/ tanpa pendidikan) yang berminat untuk berkhidmat sebagai guru sekolah rendah / menengah di Sarawak.
2. BERIBU permohonan diterima daripada anak tempatan Sarawak yang mempunyai Ijazah meskipun inisiatif ini dalam masa yang singkat serta kurang hebahan. (Facebook JPN Sarawak mengatakan beribu permohonan diterima – Status Oktober 2015.)
3. Ketegasan bekas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem yang lalu mahukan lebih ramai guru yang berasal dari Sarawak mengajar di negeri Sarawak. Ini merupakan salah satu daripada 13 kuasa penurunan kuasa penadbiran yang dikemukan Adenan kepada Perdana Menteri Malaysia.
4. Dasar 90:10 diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan 90% guru sekolah di Sabah & Sarawak diisi oleh anak tempatan menjelang 2018. Terima Kasih kepada Datuk Fatimah Abdullah (Menteri Kebajikan, Wanita & Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sarawak mewakili Sarawak yang banyak keluar di akhbar tempatan memperjelaskan dasar nisbah 90:10 ini.
5. Sekitar Mac 2016 yang lalu di laman web JPN Sarawak telah menyenaraikan 819 calon Guru Interim untuk ditemuduga.
6. Daripada jumlah tersebut 231 terpilih menjadi Guru Interim Sekolah Menengah di Sarawak (Fasa 1) Mac 2016.
7. “Maaf. Anda tidak berjaya di dalam urusan temu duga ini. Begitulah keputusan rata-rata calon yang mengikuti temuduga bulan 12/2016 lalu baru-baru ini. Hanya beberapa calon berjaya temuduga SPP.
8. Sejauh manakah keberkesanan Inisiatif Pengumpulan Data 90:10 bagi merealisasikan 90% guru di Sabah & Sarawak adalah dikalangan anak tempatan dalam tempoh 3 tahun akan datang seperti yang diberitakan ini benar-benar mahukan guru-guru tempatan untuk mendidik anak Sabah Sarawak?
9. Guru Interim ini sanggup meninggalkan kerja lama untuk menjadi seorang pendidik. Mereka telah mendidik selama setahun di sekolah yang ditugaskan. Bagaimana nasib Guru Interim yang ini selepas ini?
10. Ini cerita 231 Guru Interim yang berjaya temuduga daripada 819 calon dipilih, tetapi daripada 231 Guru Interim hanya beberapa orang sahaja lulus. Jumlah yang lulus temuduga SPP agak TIDAK LOGIK. Mun Tok Nan masih ada tentu nya nulong. Mohon JPN Sarawak, SPP, KPM, Menteri Pendidikan bantu Nasib Guru Interim (Fasa 1) Mac 2016 ini.
Ikhlas,
26/01/2017
logoblog

Thanks for reading Nasib Guru Interim Insiatif Pengumpulan Data 90:10 Negeri Sarawak

Previous
« Prev Post

2 comments:

Anonymous said...

Seramai 986 orang di dalam senarai penggilan temu duga pada bulan Mac 2016. limbang 38 orang, sibu 223 orang, miri 105 orang, bintulu 55 orang, kuching 565 orang. daripada 986 orang ini bukan semua orang dipilih. bilangan sebenar tidak diketahui. harap admin boleh tolong kumpulkan data. December 2016, sekumpulan guru interim dipanggil untuk temuduga, tapi tak pasti ada berapa calon sebenar. Minta admin tolong cari data. rasanya 210 orang yang akan dipecat pada 15 Mac adalah dari interview December 2016 tu. yang gagal interview lebih awal tu tak ada dalam senarai. 90% yang gagal adalah dari uni swasta. pendapat saya ialah spp sengaja gagalkan mereka.

Anonymous said...

Saya juga merupakan salah satu calon 819 pada mac 2016..saya merupakan graduan unitar setelah mendapat berita ada iv dgn jpns..kami bergegas mengumpul semua bahan utk persiapan iv... yg mana kebanyakan semuanya tertinggal di kampung halaman..dan kami sanggup mengambil unpaid leave,selain mengeluarkan perbelanjaan sendiri utk flight, hotel dan tambang taxi tuk ke pusat temuduga..setelah berbulan menunggu nama, fasa 1 (tiada nama) fasa 2 (tiada tersenarai juga)..tapi saya berharap agar ada lagi fasa 3...tapi sia2... sampai sekarang masih berharap.