Powered by Blogger.

Tuesday, August 15, 2017

Mekar Anak Sunggau Peroleh RM10K Sebulan Sertai Program Yayasan Peneraju

  NR       Tuesday, August 15, 2017

“Agi idup agi ngelaban!” slogan dalam Bahasa Iban yang begitu popular membawa maksud 'Pantang Menyerah Selagi Hidup' 

Mekar Anak Sunggau, 27, merupakan anak Iban dari Sarawak. 

Lebih cenderung ke arah pendidikan vokasional, sejak berumur 19 tahun, Mekar bekerja di tapak pembinaan bermula sebagai sebagai seorang pembina perancah (scaffolder). Di situ Mekar didedahkan dengan pelbagai pekerjaan dan yang menarik minatnya adalah welding. Berdasarkan minat tu, Mekar mula mengumpul duit untuk mengambil sijil asas kimpalan. Dari situ, Mekar bermula dengan projek-projek kecilan yang membawanya ke seluruh Malaysia.

Mekar dapat tau pasal program ni melalui Facebook. Yang menarik perhatiannya adalah pensijilan Llyod’s Register. Dan yang LAGI menarik perhatiannya adalah jaminan pekerjaan! Zas! Terus Mekar apply. Dari situ, projek-projek yang ditawarkan kepada Mekar mula membawanya luar negara. Terrer kan?

Bila ditanya, “If you could turn back time, what would you say to your 17 year old self?”.

Jawabnya “Cubalah benda yang baru dan pastikan apa yang kita buat, ada hasilnya!”.

Info lanjut >> Yayasan Peneraju
logoblog

Thanks for reading Mekar Anak Sunggau Peroleh RM10K Sebulan Sertai Program Yayasan Peneraju

Previous
« Prev Post

No comments: