
KUCHING: Sejumlah 24,387 jawatan guru diper-untukkan di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Sarawak dalam usaha melaksanakan pelbagai program pendidikan.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan jabatan semalam, daripada jumlah tersebut, pendidikan pra-sekolah dan rendah diperuntukkan seramai 26,194 guru termasuk 190 guru jawatan jumud DG17 dan 1,607 guru j-QAF.
“Sebanyak 24,169 jawatan diisi oleh guru terlatih iaitu 19,320 di Sekolah Kebangsaan dan 4,849 di Sekolah Jenis Kebangsaan,” katanya sambil menambah kekoso-ngan jawatan guru akan diisi oleh guru sandaran tidak terlatih.
Menurutnya, bagi peringkat sekolah menengah harian dan bestari, Sarawak diper-untukkan 14,255 jawatan guru.
Sebanyak 13,563 jawatan diisi oleh guru terlatih dan kekosongan jawatan guru juga akan diisi oleh guru sandaran tidak terlatih.
Selain itu, seramai 2,395 orang guru setakat ini terpilih untuk mengikuti Program Pensiswazahan Pengajaran Guru dan 780 guru telah tamat program tersebut.
Bagi guru sekolah rendah, seramai 362 terpilih untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) dalam mod kursus dalam cuti.
Antaranya juga, terdapat seramai 81 guru sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dengan pembiayaan sendiri.
“Seramai 230 guru besar terpilih untuk mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) dan seramai 112 guru besar berjaya menamatkan program.
Bagi program kelayakan profesional untuk Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) pula, seramai 18 guru terpilih.
Manakala Kursus Ke-pimpinan Pengurusan Pendidikan (KKPP) anjuran Institut Aminuddin Baki seramai 46 orang guru besar telah mengikuti kursus tersebut.
Program sarjana pula menyaksikan seramai 332 orang guru mengikuti program itu secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) sepenuh masa dengan kemudahan bercuti tanpa gaji (lapan) dan secara sepenuh masa dengan kemudahan cuti belajar bergaji penuh (18).
“Seramai 16 orang sedang mengikuti program PhD secara PJJ,” katanya
No comments:
Post a Comment