Semua sekolah dibina dengan kos RM167 juta bakal beroperasi tahun ini
KUCHING: Sebanyak tiga sekolah menengah baru dengan kos pembinaan berjumlah kira-kira RM167 juta bakal beroperasi tahun ini.
Jurucakap Jabatan Pelajaran Sarawak dalam ke-nyataan yang dikeluarkan semalam, berkata sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar, Baram; SMK Tebedu, Serian dan SMK Kemena, Bintulu.
“SMK Tinjar yang menelan kos sebanyak RM46.5 juta memiliki 24 bilik darjah dan asrama yang mampu memuatkan 900 orang peng-huni.
“SMK Tebedu yang menelan kos pembinaan RM60 juta mempunyai 36 bilik darjah dan asrama yang mampu menampung 1,000 penghuni manakala SMK Kemena pula yang bernilai RM61.25 juta mempunyai 36 bilik darjah yang mampu memuatkan 800 penghuni di asrama,” katanya.
Menurut kenyataan tersebut, semua murid warga-negara Malaysia di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan diberikan pinjaman buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks dan jumlah pembekalan buku teks untuk kegunaan tahun ini adalah RM12.4 juta.
Peruntukan Bantuan Maka-nan Asrama untuk Sekolah Asrama Harian pada tahun ini adalah RM306 juta.
Bilangan tempat penghuni asrama yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebanyak 113,327 tempat dan akan diagihkan ke sekolah berasrama harian seluruh Sarawak.
Manakala Program Rancangan Makanan Tambahan, Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Persedia-an Universiti (BPKU) dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) akan diteruskan pada tahun ini.
Selain itu, tambahnya Jabatan Pelajaran Sarawak amat memandang serius perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan disiplin dan keselamatan murid di dalam dan luar sekolah.
“Surat makluman berserta pekeliling berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk aktiviti lawatan dan aktiviti luar telah dikeluarkan ke semua sekolah untuk memastikan tatacara/prose-dur pengurusan disiplin serta langkah-langkah keselamatan dipatuhi,” katanya.
Di samping itu, bagi menambah baik kurikulum sedia ada, Kurikulu Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah disusun kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan akan dilaksanakan secara berperingkat pada tahun ini bermula dengan Tahun Satu.
Kurikulum Standard Pra-sekolah Kebangsaan (KSPK) juga diperkenal bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment