Powered by Blogger.

Monday, February 21, 2011

GURU SANDARAN HARAP GAJI YANG SERAGAM DI SELURUH NEGARA PADA TAHUN HADAPAN

  NR       Monday, February 21, 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Sin Chew Daily (23) bertarikh 16 Disember 2010 – Guru sandaran harap gaji yang seragam di seluruh negara pada tahun hadapan.
Dimakluman bahawa pemberian elaun Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) adalah berdasarkan skel elaun yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1 Tahun 2007. Penentuan pembayaran elaun kepada GSTT yang dilantik adalah berdasarkan kelayakan akademik dan kekosongan jawatan. Sekiranya kekosongan jawatan adalah Gred DG41 dan calon GSTT berkenaan memiliki ijazah, mereka layak dibayar berdasarkan kelayakan ijazah. Walau bagaimanapun, sekiranya kekosongan jawatan adalah gred DGA29 dan GSTT yang dilantik memiliki ijazah, mereka akan dibayar berdasarkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.



UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
logoblog

Thanks for reading GURU SANDARAN HARAP GAJI YANG SERAGAM DI SELURUH NEGARA PADA TAHUN HADAPAN

Previous
« Prev Post

No comments: