Powered by Blogger.

Friday, April 15, 2011

Cadangan buka 2 sekolah baru di Utara Miri dimasukkan dalam RMK-10

  NR       Friday, April 15, 2011

MIRI: Cadangan membuka dua sekolah baru di utara Miri akan dimasukkan dalam pelan pusingan kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawab permintaan Menteri Muda Komunikasi Datuk Lee Kim Shin pada majlis makan tengah hari 1Malaysia di sini semalam.
“Kita (Kementerian Pelajaran) akan meneliti cadangan ini. Kita akan masukkan dalam `second rolling plan,” jelasnya.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata, penubuhan dua sekolah baru iaitu sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah diperlukan untuk kawasan Utara Miri merangkumi kawasan kediaman Permyjaya, Tudan dan Senadin.
Lee memberitahu, jumlah penduduk di ketiga kawasan itu semakin meningkat dan pembukaan sekolah baru amat diperlukan untuk mengatasi kesesakan pelajar di sekolah sedia ada.
“Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan, kerajaan telah membina dua buah sekolah iaitu sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau sekarang mempunyai seramai 2700 pelajar dan Sekolah Kebangsaan Merbau mempunyai seramai 1800 pelajar.
Jumlah pelajar terlalu ramai dan mungkin tidak dapat memuatkan pelajar baru,” jelasnya. Beliau yang mewakili penduduk di DUN Senadin berharap agar cadangan penubuhan sekolah baru itu dapat diluluskan dengan segera.
Lee telah dipilih sebagai ADUN Senadin selama tiga tiga penggal bermula tahun 1996.
Lee dicabar oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Michael Teo untuk kerusi itu pada 16 April ini.
- UB
logoblog

Thanks for reading Cadangan buka 2 sekolah baru di Utara Miri dimasukkan dalam RMK-10

Previous
« Prev Post

No comments: