BINTULU: Tindakan pihak yang menyaman guru seperti yang berlaku di Sibu tidak harus melemahkan semangat guru-guru lain untuk mendidik anak-anak di negeri ini, kata Ahli Dewan Negara, Senator Pau Chiong Ung.
Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa masih menyayangi dan menghormati guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.
“Kita mengakui mungkin ada segelintir guru-guru yang tidak melaksanakan tugas dengan baik.
“Namun saya merasakan guru-guru masih disayangi dan dihormati oleh ibu bapa dan para pelajar di negeri ini,” ujarnya mengulas mengenai kejadian terbabit semasa berucap di Mesyuarat Agung Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Bintulu dan penyampaian Anugerah Akademik Cemerlang di Hotel Li Hua semalam.
Katanya, janganlah disebabkan perkara itu semangat guru-guru mula lemah dan luntur untuk mengajar anak-anak kita.
Begitupun beliau menyeru guru-guru masuk menjadi ahli STU supaya kesatuan itu lebih kuat dan kukuh sekali gus dapat melindungi ahli-ahli yang juga guru yang memasuki kesatuan itu.
- UB
1 comment:
lambat laun guru2 d Malaysia tdk dihormati spt guru2 dinegara lain. byk contoh dlm filem, guru diperlekehkan aje... nasib2...
Post a Comment