KUCHING: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Selwyn Jong Yik Chau, 18, semalam menyuarakan rasa kecewa selepas Jabatan Perkhidmaran Awam (JPA) menolak permohonannya mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di bawah Program Ijazah Luar Negara.
Pelajar Sekolah Menengah Datuk Patinggi Abdul Ghapor dari Taman Hui Sing itu mendapat 9A+ dalam SPM.
Beliau memperoleh A+ dalam sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Moral dalam SPM tahun lalu.
Kecemerlangannya itu mendorongnya menyimpan hasrat melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan atau pergigian.
Bagi tujuan itu Selwyn memohon biasiswa JPA dan tempat di sebuah universiti tetapi dimaklumkan oleh JPA bahawa beliau seharusnya mengikuti pengajian matrikulasi terlebih dahulu.
Beliau mendakwa tawaran JPA terlalu rendah buat kelayakannya dan menjelaskan dia telah diberi tawaran mengikuti matrikulasi lebih awal dan matrikulasi itu bukan jaminan untuknya mendapatkan tempat di universiti dan biasiswa berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Selwyn sendiri kepada kumpulan akhbar The Borneo Post yang datang ke pejabat akhbar berkenaan sambil ditemani dua ahli keluarganya.
“Apa yang membuat saya tidak gembira ialah tawaran JPA adalah ‘sangat rendah’ (mutunya). “Sekarang saya juga bertanya kepada janji yang mereka katakan bahawa pelajar yang mendapat ‘A’ dalam semua mata pelajaran akan ditawarkan biasiswa dan tempat di universiti,” katanya.
Beliau juga berasa kecewa kerana rakan-rakannya dan kenalannya yang mendapat keputusan sama dengannya berjaya mendapat tempat di universiti.
- UB
No comments:
Post a Comment