Powered by Blogger.

Wednesday, July 27, 2011

Kolej PTPL Sarawak anjur Malam Mannequin sekolah pengurusan

  NR       Wednesday, July 27, 2011
Seramai 210 pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sarawak bergambar kenangan bersama Aidil Adzhar Abu Samah (tengah) sempena Malam Mannequin Sekolah Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (SBMP) di Kuching, baru-baru ini.


KUCHING 26 Julai - Seramai 210 pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sarawak baru-baru ini diraikan dalam Malam Mannequin Sekolah Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (SBMP).
Program itu dianjurkan khusus untuk menghargai pelajar cemerlang di samping mengeratkan hubungan antara pelajar dan tenaga pengajar SBMP.

Pengetua Kolej PTPL Sarawak, Aidil Adzhar Abu Samah sewaktu merasmikan majlis itu berharap penghargaan kepada pelajar SBMP menjadi motivasi kepada pelajar jurusan lain untuk berusaha dengan lebih gigih.

"Melalui aktiviti seumpama ini, PTPL Sarawak dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, terbilang dan berwawasan.
"Saya berharap agar aktiviti seumpama ini diteruskan pada masa akan datang dan seharusnya melibatkan semua sekolah yang ada di Kolej PTPL Sarawak," katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua SBMP, Masnora Anuar dan Ketua Kelab Rekreasi PTPTL Sarawak, Siti Rohaya Mahmud.
Sementara itu, wakil pelajar merangkap pengarah projek, Lai Siaw Hui berkata, penganjuran majlis berkenaan adalah bukti bahawa PTPTL sentiasa menghargai kecemerlangan pelajarnya.

"Melalui aktiviti seumpama ini, para pelajar akan mempunyai daya saing antara satu sama lain," katanya.
Pada majlis berkenaan, pelbagai acara hiburan dipersembahkan seperti tarian, lakonan serta nyanyian dan kumpulan yang menampilkan persembahan terbaik diberikan hadiah.

Kumpulan 'Hip Hop New School' berjaya mendapat tempat pertama melalui persembahan tarian hip- hop moden diikuti kumpulan 'Semput tut..tut' yang mempersembahkan lakonan 'I Success U' dan tempat ketiga pula disandang oleh kumpulan 'Wonder Girls.'

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Kolej PTPL Sarawak anjur Malam Mannequin sekolah pengurusan

Previous
« Prev Post

No comments: