Powered by Blogger.

Wednesday, July 27, 2011

PTPL sertai program anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib

  NR       Wednesday, July 27, 2011
KAKITANGAN Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sarawak yang menyertai program khidmat masyarakat merakamkan gambar kenangan bersama anak yatim yang menghuni Kompleks Kebajikan Laila Taib di Kuching, baru-baru ini.


KUCHING 26 Julai - Seramai 75 kakitangan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sarawak menyertai program khidmat masyarakat bersama anak yatim yang menghuni Kompleks Kebajikan Laila Taib, baru-baru ini.
Aktiviti kali keenam dianjurkan Kelab Rekreasi Kolej PTPL Sarawak itu merupakan salah satu sumbangannya kepada masyarakat di lokasi terpilih di sekitar bandar raya ini.

Pengarah program, Eleen Enggong berkata, aktiviti khidmat masyarakat itu mampu meringankan beban dari sudut emosi anak-anak yatim di kompleks kebajikan berkenaan.

Katanya, PTPL bukan sahaja dikenali sebagai institusi yang melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang, malah mampu menyemaikan perasaan kasih dan sayang sesama masyarakat.

"Melalui program berkenaan, kakitangan PTPL dapat berinteraksi bersama anak yatim sekali gus berkongsi nilai dan harapan supaya mereka dapat turut bergembira sebagaimana insan lain yang mempunyai ibu dan bapa," katanya di sini, baru-baru ini.

Turut menyertai program berkenaan ialah Ketua Akademik Kolej PTPL Sarawak, Bebe Yanti Mohamed dan Ketua Kelab Rekreasi Kolej PTPL Sarawak, Siti Rohaya Mahmud.

Mengulas lanjut, Eleen berkata antara yang disumbangkan kepada anak yatim berkenaan ialah kelengkapan asrama dan makanan.

"Diharap sumbangan seperti ini dapat meringankan beban mereka dalam meneruskan aktiviti seharian," katanya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading PTPL sertai program anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib

Previous
« Prev Post

No comments: