Powered by Blogger.

Thursday, September 29, 2011

Pengambilan Pelajar Kelas Bahasa Korea di UCSI bermula 4 Oktober

  NR       Thursday, September 29, 2011

KUCHING: Pengambilan pelajar untuk kelas baharu bahasa Korea di Universiti UCSI, Kampus Sarawak kini dibuka untuk Tahap Satu bermula 4 Oktober depan.
Kelas akan dikendalikan setiap petang Selasa dan Khamis bermula jam 6.30 petang dan dibuka kepada orang awam.
UCSI Extension, merupakan anak syarikat kumpulan UCSI, dan kelas bahasa Korea akan diajar oleh tenaga pengajar dari Korea.
Tempoh pengajaran ialah tiga bulan agar pelajar dapat berkomunikasi dalam bahasa Korea selepas tamat Tahap Satu.
Untuk interaksi yang lebih berkesan, tenaga pengajar dan pelajar ditempatkan di dalam sebuah kelas yang boleh memuatkan 20 hingga 25 orang pelajar sahaja.
Berdasarkan pengambilan sebelum ini, kemasukan pelajar Korea adalah yang paling popular dan kini sudah terdapat beberapa nama di dalam senarai menunggu.
Orang ramai yang ingin mengikuti kelas bagi pengambilan seterusnya, boleh menghubungi dan berdaftar dengan Ivan menerusi talian 019-8741677 atau 082-455255 sambungan 7044.
Selain Tahap Satu, UCSI turut menawarkan kelas bahasa Korea Tahap Dua.
Turut ditawarkan ialah kelas bahasa Jepun dan Perancis yang kesemuanya dikendalikan di Kampus UCSI yang terletak di Jalan Tun Jugah, Kuching.
UCSI menawarkan kelas bahasa Inggeris untuk orang ramai yang tidak fasih dan ingin meningkatkan pengetahuan dalam bahasa itu.
Kelas ini menitikberatkan penggunaan dan penstrukturan tatabahasa yang betul dalam berkomunikasi secara efektif.
Sijil akan diberikan kepada pelajar yang tamat dalam setiap kursus bahasa yang diambil selepas tiga bulan.

logoblog

Thanks for reading Pengambilan Pelajar Kelas Bahasa Korea di UCSI bermula 4 Oktober

Previous
« Prev Post

1 comment:

sean said...

how about the fee in level one?